JEK ROD DAN BORE UP
Crankshaft Kriss Jek Rod 15mm
Salam... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...
Terima kasih kepada semua pembaca blog kami yang baru hendak belajar ini.. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda untuk kita sama-sama berkongsi, menambah ilmu dan pengalaman. Pastinya mereka yang sering memodifikasi motosikal mempunyai begitu banyak pengetahuan yang berbeza diantara kita.. Bagi kami kita adalah bersaudara, yang berkongsi hobi yang sama, mempunyai tujuan yang sama, jatuh keseorangan amat sukar untuk bangkit semula..
Post kali ini kami akan bercerita mengenai menambah kapasiti enjin.. seperti yang semua tahu semakin besar kapasiti enjin, semakin banyak udara dan bahanapi dapat dihirup oleh enjin, maka semakin besar lah kuasa yang akan diperolehi.. Ini lah kebanyakkan tujuan modifikasi, mencari kuasa, mempercepatkan pecutan dan top speed yang melentukkan meter ke dinding...
Kapasiti enjin boleh ditambah dengan 2 cara. iaitu
- Membesarkan piston (bore up)
- Memanjangkan lejang (stroker up)
Enjin yang mempunyai bore yang lebih besar dari stroke di panggil oversquare dan stroke yang lebih besar dari bore di panggil undersquare.
Contoh mesin yang telah di jek rod memilki gasket blok tebal
Rata-rata kita semua biasa lihat jentera-jentera drag (terutamanya mesin 4 lejang) memiliki gasket blok yang tebal-tebal sehingga hampir menyamai panjang blok mesin itu sendiri! Mengapa? Kerana mereka telah mengubah stroke semaksimum yang boleh. Mesin yang dikategorikanundersquare ini lebih cenderung menghasilkan kuasa di RPM rendah ke menengah. Dikala lampu hijau dinyalakan, mesin mampu keluar dengan cepat walaupun dengan RPM yang rendah,.Top speed juga dapat diraih tanpa perlu mesin berteriak tinggi. Rata-rata mesin begini mempunyai spoket yang kecil hingga ada yang hampir sama besar spoket depan dan belakang..
Walaubagaimanapun setiap sesuatu mesti ada kelemahanya.
- Dengan bore yang kecil kita tidak boleh membesarkan valve. Salah satu punca mengapa mesin tidak dapat bermain di RPM tinggi.
- Cranking Pressure juga menjadi lebih tinggi,
- Isipadu ruang pembakaran amat perlu dititik beratkan untuk design mesin sebegini.
- Piston lebih cepat menghampiri limit piston speed.
- Geseran piston lebih banyak kerana jarak perjalanan piston yang panjang. Enjin cepat panas
- Mencari top speed pada RPM tinggi akan membawa bencana..
- Contoh enjin standart menggunakan design ini : Yamaha LC, Honda Wave 125
Mesin-mesin oversquare pula biasanya kita dapat lihat pada blok yang berwelding kerana slip yang besar telah dibenamkan. Gasket blok juga tidak terlalu tebal. Biasanya idling mesin begini agak kasar, berbanding mesin undersquare.. Dengan ruang bore yang luas kita boleh membesarkan valve, tekanan mesin tidak begitu tinggi, geseran piston juga lebih rendah. Mesin mampu berteriak di RPM tinggi tanpa banyak risiko dan piston tidak terlalu menghampiri limit piston speed..
Namun sama seperti mesin oversquare, ia juga mempunyai kelemahan.
- Cranking pressure rendah menyebabkan mesin tidak bertenaga di RPM rendah. Duration camshaft yang tepat penting untuk mengatasi masalah ini.
- Perlu disetting bersama karburator besar.
- Bahanapi tidak begitu menjimatkan.
- Sistem ekzos menjadi peranan penting untuk menghasilkan kuasa.
- Contoh enjin standart menggunakan design ini : Modenas Kriss, Jaguh.
Memanglah di dunia yang nyata ini kita biasanya memodifikasi mesin mengikut budget. Mengubah kapasiti mesin bukanlah sesuatu yang murah. Namun jika berpeluang, pastikan ciri-ciri mesin yang akan anda lakukan perubahan. Jika berminat pada jek rod yang tinggi-tinggi dan gasket tebal-tebal, pastikan kualiti pembuatan pada crankshaft anda juga tinggi. Semakin jauh big pindianjak, semakin tinggi risiko untuk anda mencari kuasa maksimum. Pastikan juga berat crankshaft sepadan dengan kapasiti enjin agar mesin tidak terlalu stress..
Kesimpulanya, setiap modifikasi hendaklah bersesuaian dengan keperluan mesin. Mengikut pengalaman kami risiko mesin 'jek rod kaw-kaw' adalah tinggi jika digunakan untuk trek yang panjang. Mesin lebih enak dijodohkan dengan trek yang pendek.. Mudah dan cepat keluar starting dan cepat mendapat top speed..
Mesin jarak jauh pula kami menggunakan design oversquare. Dengan valve yang besar, tekanan yang tidak terlalu tinggi dan susun atur buka tutup valve yang sesuai, mesin lebih mantap di top gear..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan