MAKNA DI SEBALIK WARNA-WARNA CAMSHAFT ALANG MOTOR
Salam semua..
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi. Dapat kita berjumpa lagi.. Rasanya belum terlambat kami mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.. Maafkan kami jika sepanjang kami ber 'blog' ni telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Maafkan juga jika ada kami terkasar bahasa atau terlepas kata..
Post kali ini kami nak bercerita mengenai warna-warna pada camshaft hasil tangan kami, serta mengapa perlu ada warna-warna untuk membeza setiap jenisnya.. Pasti ada sebabnya mengapa camshaft kami sebegitu rupa..
Meriahnya... warna warni..
Camshaft kami terdapat 3 warna.. Iaitu :
1. BIRU
2. MERAH
3. HIJAU
CAMSHAFT BIRU
Modifikasi mesin 100% standart... Modifikasi dengan kos rendah serta kurang risiko. Untuk mendapat sedikit kuasa dari mesin yang 100% standart kita perlu menukar camshaft serta sedikit pelarasan semula pada karburator dan spoket.. Kuasa yang terhasil tidak sehebat daripada mesin yang telah dinaikkan kapasiti, namun tetap ada pertambahan kuasanya.. Karektor Camshaft Biru ini tidak jauh bezanya daripada camshaft standart, jesteru itu kita tidak boleh mengubah setting karburator atau spoket terlalu jauh dari standartnya..
CAMSHAFT MERAH
Modifikasi yang digelar 'Standart Modified'.. Modifikasi paling banyak di lakukan oleh pencinta motosikal. Mesin biasanya dinaikkan kapasiti tidak terlalu jauh daripada kapasiti asal.. Modifikasi paling popular ialah menukar silinder blok racing, up stroker yang tidak terlalu tinggi, karburator lebih besar dan ekzos yang lebih 'membingitkan'..
Camshaft ini dapat membantu mesin memerah tenaga semaksima mungkin. Lift, LSA dan Degreetidak terlalu aggresif dinaikkan, jadi mesin masih di kategori On The Road.
Walaubagaimanapun settingnya haruslah tepat, tidak boleh sekadar Plug And Play blok racing, kita dapat semaksima kuasanya. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Dari segi nisbah mampatan, rupa bentuk ruang pembakaran, porting, kiraan sprocket, jetting karburator serta sistem penalaan harus diperkemaskan. Mesin juga perlu di setting agak tinggi nisbah mampatannya agar kuasa tidak terlalu lemah di RPM bawah..
Di sinilah terletaknya kreativiti seorang mekanik modifikasi. Memahami bahasa enjin, suatu seni yang tidak ada pada semua orang.. Tahniah jika anda salah seorang daripadanya!
CAMSHAFT HIJAU
Open Spec Camshaft atau sedap digelar High Level Modification. Modifikasi yang 100% memerlukan pengalaman, ilmu, penelitian dan modal yang tinggi. Kreativiti yang berkali ganda diperlukan untuk bermain dengan camshaft ini. Kami gunakan bahasa lebih mudah.."Bukan main-main punya cam ni..".
Mesin-mesin yang telah di 'open' kan biasanya tidak lagi digunakan untuk kendalian harian, mesin telah berubah menjadi 'jentera perjuangan', berjuang di jalan yang lurus, di litar drag, yang memerlukan mesin berteriak, memerah tenaga semahu-mahunya. Lift, LSA dan Degree diubah jauh daripada standart kerana mesin telah direka semula dengan tekanan yang tinggi. Di bore up dan up stroker yang menggila.. Camshaft ini di aggresif kan untuk memberi ruang kepada mesin bernafas dengan lancar.
Contoh camshaft biru, merah dan hijau
APA BEZA CAMSHAFT PADA SETIAP WARNA?
Soalan yang sering dipersoalkan.. Sering menjadi tanda tanya.. Sebenarnya setiap camshaft mempunyai karektor masing-masing yang menentukan di mana rentang kuasa sesuatu mesin. Camshaft ini direka mengikut kemampuan mesin bermain di sesuatu RPM..
Contoh.. Jika mesin 100% standart mana mungkin kita memerah untuk bermain di RPM tinggi, di sekitar 10 ke 11 ribu, jadi 3 perkara yang mempengaruhi karektor camshaft ini iaitu Lift, LSA dan Degree ditunedkan untuk bermain di sekitar RPM sederhana, ditinggikan sedikit daripada RPM standart. Mesin akan dapat sedikit lebihan kuasa bebanding mesin 100% standart..
Bagi cam merah pula, walaupun untuk standart modified cam ini tidaklah direka untuk bermain di RPM tinggi, masih juga bermain di RPM sederhana. Ini kerana mesin On The Road tidak boleh menjerit setiap hari, mesin akan cepat rosak atau berasap. 3 kriteria penting (Lift, LSA dan Degree) ditambah dan di advance sedikit. Flank digemukkn untuk memberi tenaga tambahan walaupun mesin bermain di RPM sederhana. Kuasa terhasil pasti tidak mengecewakan..
Cam hijau.. Berubah sepenuhnya daripada camshaft standart. Lift, LSA dan Degree ditambah,flank digemukkan semaksima mungkin.. Disesuaikan dengan mesin yang kasar-kasar kapasitinya. Camshaft hijau ini akan membuatkan valve terbuka lebih lama, untuk membolehkan mesin berlari, bertenaga di RPM tinggi. Kuasa akan terhantar ke roda sepenuhnya.. Tapi awas, semakin tinggi RPM, semakin besar risikonya..
Camshaft LC dengan 3 variasinya
Disebabkan kepelbagaian dalam modifikasi inilah yang mendorong kami untuk memudahkan pemilihan camshaft, agar mesin dapat beraksi dengan spesifikasi yang sesuai. Penggunaan camshaft yang tepat akan mengail kuasa yang sempurna, yang pasti memberi hasil yang memuaskan hati..
Setiap hari kami berusaha untuk menaikkan taraf camshaft kami, diperhalusi, diuji, ditingkatkan prestasi untuk memberi hasil yang terbaik.. Sokongan anda amat kami harapkan, untuk kami terus mencari.. Mencari sehingga ke titik tertinggi.. Doakan usaha kami...
Sekian.. Terima kasih semua..
TUNED BY ALANG MOTOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan