MENGENALI KAREKTOR CAMSHAFT
Salam.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi..
Post kali ini kami akan bercerita mengenai karektor camshaft yang sering menjadi persoalan bagi mereka-mereka yang baru mula untuk memodifikasi camshaft sendiri.. Post ini juga adalah untuk menjawab soalan yang diemailkan kepada kami oleh seorang pembaca tegar blog kami ( terima kasih.. harap-harap ada yang terasa.. hehe..)...
Setiap karektor camshaft adalah berpandukan pada sudut LSA.. Apa itu LSA? Bagi yang belum mengetahui.. LSA adalah Lobe Separation Angle.. Iaitu sudut diantara puncak lift intake dan ekzos..
Lobe Separation Angle
Dengan perubahan pada LSA akan memberi kesan pada mesin. Maka kita haruslah mengetahui apakah karektor yang mesin anda mahukan.. Ingatlah bahawa tujuan kita mengubah camshaft adalah untuk mencari karektor kuasa pada mesin, bukan kita mengubah mesin untuk mengikut kehendak camshaft... Sama seperti mereka yang power setting mesin 2 stroke, mencari kuasa mesin dengan mengubah flow pada silinder blok, bukan mengubah mesin untuk mengikut kehendak blok.. renung-renungkan.. :)
Kesan-kesan perubahan kuasa dengan perubahan LSA pada mesin adalah seperti berikut...
LSA sempit (cam ketat) LSA lebar (cam longgar)
Tork maksimum di RPM rendah Tork maksimum di RPM tinggi
Tork maksimum meningkat Tork maksimum menurun
Rentang kuasa sempit Rentang kuasa lebar
Cylinder pressure tinggi Cylinder pressure rendah
Tinggi risiko enjin knocking Rendah risiko enjin knocking
Idling vakum rendah Idling vakum tinggi
Qualitiy idling rendah Qualitiy idling tinggi
Overlap tinggi Overlap rendah
Karektor mesin juga boleh berubah dengan mengubah camshaft timing.. Kita boleh mengubah dengan meng'advance' atau me'retard' timing cam.. (Advance - ikut pusingan jam.. Retard - lawan arah jam)
Kesan mengubah timing camshaft...
Advacing Retarding
Mempercepatkan valve intake terbuka Melambatkan valve intake terbuka
Melambatkan ekzos valve terbuka Mempercepatkan ekzos valve terbuka
Membina lebih low end tork Membina lebih power RPM tinggi
Valve ekzos clearance rendah Valve intake clearance rendah
Jadi sekarang kenali mesin kita dengan lebih mendalam.. apakah yang sebenar 'dia' mahukan.. Pastikan camshaft mempunyai karektor yang sesuai untuknya..Adakan perlu 'dia berlari' di RPM tinggi, atau cukup di RPM pertengahan sahaja, juga kemampuan mesin berlari di RPM mana yang tenang baginya, agar tidak terlalu strees.. Contohnya tidak perlu menggunakan camshaft LSA lebar pada mesin ekzos standart, dan tidak tepat pula camshaft LSA sempit di setting pada mesin ekzos open...
Fahami dahulu fungsi-fungsi dan istilah pada camshaft dengan mendalam sebelum anda mula mengasah cam.. agar usaha anda tidak menjadi sia-sia belaka..
"Kalau cam untuk karburator besar mcm mana pulak?.." 1 lagi soalan yang ditanya.. Insyallah kami akan jawab pada post akan datang.. Sengaja kami tidak mahu campur aduk.. Biar lah setiap post berkisar pada 1 masalah, banyak-banyak sangat nanti kami sendiri pula yang pening...
So, selamat mencuba....... selagi tak cuba kita tak tahu kan.. ahaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan