EX5 STANDART TOP SPEED 155KM/J
Salam.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi..
Berjumpa kembali kita di laman blog kami ini yang sering kelewatan dalam mengisi post-post terbaru.. Maaf kan kami.. Kesibukkaan menguruskan bengkel serta mengejar order dari saudara-saudara semua sering membuatkan kami kesuntukkan masa. Namun kepada pembaca setia tetap kami utamakan, terima kasih kepada anda semua.. We Love U.. Keep Support Us...
Kali ini kami mahu berkongsi cerita mengenai modifikasi Honda EX5 dream.. Agak berbeza kali ini ceritanya kerana tiada pengubahsuaian enjin, cuma menukar aci sesondol yakni camshaft.. Modifikasi ringan-ringan je..
Idea asal modifikasi ini adalah kerana ingin mencari modifikasi yang paling menjimatkan.. Sering kami mendengar keluhan kawan-kawan yang berhajat untuk menaik taraf mesin kesayangan tapi apakan daya... Faham-faham saja la kan.. Kos modifikasi bukannya murah, apatah lagi jika mahu lebih ketahanan, perlu pengunaan part yang berkualiti serta original yang rata-rata harganya mencecah ratusan RM malah ada yang sampai ribuan RM.. 'Fuh.. baik beli motor besar je terus..' Itu lah kata-kata dari mereka yang kecewa..
Tidak mengapa.. Kami sedang berusaha untuk membantu.. Walaupun hasilnya tidaklah seperti modifikasi yang sering kami lakukan seperti kenaikkan kapasti serta penukaran kompenan mesin, yang terang-terang mesin akan berubah dari banyak segi, respon, malah kuasanya naik mendadak.. Ini cuma save budjet modi, maka kuasa yang terhasil agak terhad.. 'Sedap-sedap bawa gi jalan, gi kerja la ok la..'
Setelah mendapat persetujuan, kami pilih motor ex5 dream milik rider kami.. Beliau baru beli motor EX5 Dream electric stater 4 bulan lepas.. Oleh kerana mesinnya 100% standart dan original kami pun bersemangat untuk memecahkan 'kesucian' motor beliau.. :)
Enjin Standart 100% Electric Stater
Langkah pertama adalah membuka keluar camshaft originalnya. .Longgarkan skru tepet dan tarik keluar.. Perlu diketuk sedikit hingga tercabut stopper nya dari arah bertentangan.. Setelah berjaya di keluarkan, kami gantikan camshaft yg telah dicustom terlebih dahulu. 'Cam ori ni kena simpan elok-elok.. susah dapat..' Pesan kami kepada tuan punya motor..
Proses mengeluarkan camshaft Original sedang berjalan
Masuk cam custom pula.. 5 minit je modifikasi kali ni..
Siap dilaras semula skru tepetnya, kami mula menyeting mesin ini.. Nampaknya tidak banyak masalah, perlu di up sedikit pilot jet nya menjadi 42.5 serta perlu di turunkan sedikit spoket belakang.. Dengan berat badan owner yang lebih kurang 42 kilogram ngam di set spoketnya 14 33..
Spoket belakang 33, depan tak buka pun.. Standart 14 kan...?
Kami cuba berlari bersama 125z milik kawan-kawan untuk mengetahui berapakah larian yang boleh di capai mesin ini.. Alhamdulillah berjaya mendapat 155km/j.. Lebih dari yang kami target...
Sekian, terima kasih semua..
Terasa terlalu cepat berakhir post kali ini.. Mungkin modifikasinya terlalu ringkas..Namun untuk memanjangkan sedikit post kali ini ingin kami berkongsi sedikit cerita perihal camshaft yang kami 'tanam' di dalam mesin tersebut..
Oleh kerana proses pencarian kuasa di mesin standart ini terlalu terhad, kami terpaksa memerah otak dan keringat, menggunakan segala pengalaman serta terkorban 7 batang cam untuk mencari yang terbaiknya.. Segala kesilapan dan kekurangan kami perbaiki.. Segala aspek kami utamakan.. Mesin mesti senyap, idle yang stabil, minyak jimat, mudah di hidupkan walaupun enjin sejuk, power band yang luas agar tidak terbunuh kuasa di salah satu rentang RPM yang lain.. dan yang paling penting MORE POWER...
Perbandingan cam custom dengan cam standart original
Yang mana custom? yang mana standart?
Overlap dan nose pattern yang berbeza..
Cam Custom
Cam Standart
Sudut buka tutup cam ini tidak banyak berbeza dari cam standart, cuma kami lebarkan sedikit overlap, gemukkan sedikit flank serta lift di naikkan menjadi 6mm.. Maaf la kami di dapat menceritakan dengan detail setiap data dan pengiraan cam tersebut kerana cam ini kami adjust berulang kali hingga tidak lagi dapat di catat datanya.. Proses mencari kuasanya terlalu sensitif... Silap sikit motor tak larat naik bukit, silap lagi idling hancur, sudah ok bunyi bising pula.. Buka, mesin, try, buka lagi, mesin lagi,.. hancur.. buat smula.. try lagi.. sampai yang ke 8 Alhamdulillaah berjaya juga.. berkat doa kawan-kawan semua..
Sebagai penutup kami tontonkan kepada pembaca semua video semasa cubaan mencari meter top speednya.. Maaf lah video agak gelap, maklumlah jalan kampung saja.. Semogaa terhibur..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan