PANDUAN MEMILIH KARBURATOR DALAM MODIFIKASI MESIN
Salam semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illah..
Post kali ini kami nak cerita pasal panduan pemilihan karburator..Bukan kami nak cerita dengan detail, tapi cukup la sebagai panduan atau pemandu arah agar modifikasi tidak tersasar dari tujuan asal.. Yang paling penting tidak berlaku pembaziran dan 'kehancuran' mesin..
Ramai di antara kita yang memodifikasi jentera perlumbaan akan menukar karburator yang lebih besar untuk meraih lebih kuasa. Sudah pasti hasilnya akan lebih baik daripada karburator asal.. Walaubagaimanapun jika karburator pilihan tidak tepat, prestasi mesin pula akan merundum dan hasilnya tidak memuaskan. Biasa kita dengar ayat ini.. 'harap kabereta je besar, minyak pun kuat.. tapi lari tak boleh blah.'..
Ini berlaku kerana kesilapan dalam pemilihan karburator.. Memang bukan faktor karburator 100% namun kesilapan ini boleh menjadi penyebab mesin gagal meraih tenaga yang selayak untuknya..
Contonhya jika kita pasangkan karburator Dellorto saiz 36mm pada Ex5 yang pakai piston 53mm. Adakah itu pilihan tepat? Sudah pasti anda akan demam dan sakit kepala untuk mencari tuningnya.. Hehe..
Ini berlaku kerana setiap karburator ada RPM powernya.. Contohnya sebuah karburator ini mempunyai power band yang kuat di RPM 10 hingga 12.. maka seharusnya kita settingkan mesin agar cenderung beraksi di sekitar RPM itu.. Ini termasuk lah segala kompenan lain seperti camshaft duration, porting, isipadu ruang pembakaran, firing timing dan lain-lain.. Jika semuanya bersatu di satu titik yang tepat, mesin akan lebih bertenaga.. Tenaga yang kita semua mahukan, tenaga untuk menarik spoket sekecil yang boleh..
Jadi untuk memilih karburator yang bersesuaian kita haruslah pastikan di mana RPM yg selesa untuk mesin kita..Jika mesin didesign untuk RPM pertengahan hendak lah kita gunakan karburator yang berkuasa di RPM pertengahan.. Begitu juga untuk mesin RPM tinggi..
1. Untuk mengenali jenis-jenis karburator ini kita boleh berpandukan pada penggunaan asal karburator tersebut...
Karburator asal motocross.. Karburator ini akan berkuasa di RPM bawah ke menengah
Ini kerana kesemua jentera motocross disetting pada RPM sebegitu. Jarang sangat kita jumpa mesin motocross bermain di RPM tinggi..Contohnya TS, DT, DTM...
Karburator TS
Karburator asal motorsikal ber power valve..Karburator ini biasanya berkuasa di RPM menengah ke RPM tinggi..Mesin berpower valve memang enak beraksi di RPM tinggi.. Contohnya TZM, KIPS, NSR, Aprillia
Karburator Dellorto
Karburator asal motosikal 2 lejang.. Karburator dari jenis ini kita boleh bepandukan pada meter RPM asal motosikal tersebut. Jika pada meter RPM sampai 12, maknanya karburator ini kuasanya disekitar RPM 10 hingga 12.. Contohnya RXZ, 125z, Panther...
Karburator RXZ
Karburator asal motocross ber power valve.. Kaburator ini lebih unik berbanding karburator-karburator lain kerana kuasa yang dihasilkan lebih 'lumayan'.. Ada juga yang menggelarnyaKarburator Power Jet.. Ia direka khas untuk mengail kuasa dipelbagai julat RPM. Semakin tinggi RPM semakin tinggi kuasa akan dihasilkan. Maka tidak hairanlah banyak karburator-karburator racing di pasaran sekarang mengikut design karburator ini.. Contohnya YZF, CRF, RM, PWK..
*Tetapi awas jangan terlalu mengejar RPM tinggi jika mesin tidak mampu menggapainya..
karburator YZF
2. Selain itu kita boleh padankan saiz karburator mengikut saiz intake valve, jadi tidak perlu lagi kita setting karburator PWK 36mm pada motorsikal yang masih ber valve standart. ternyata ini hanya merugikan kita, lebih bermasalah lagi jika mesin 'hancur' kerana valve putus..
Jadi kesimpulannya pastikan di mana RPM mesin anda dan padankan segalanya sejajar dengan keupayaan mesin. Tidak perlu lagi kita bereksperimen yang hanya membazirkan masa, wang dan tenaga tanpa hasil.. So akhir kata "jangan over ram, nanti makan modal lagi.. " :)
Macam mana nak kira cc enjin
BalasPadam