FENOMENA CAMSHAFT BIRU YAMAHA LC 135
Salam.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi..
Selamat berjumpa kembali setelah hampir 2 bulan tidak meng update blog ini.. Diharapkan saudara semua sentiasa sehat dan bertambah baik dari segala serbinya..
Post kali ini kami akan bercerita mengenai Yamaha LC 135cc.. Post yang hampir sama daripada post yang sebelum ini.. Bagaimana untuk menambah kelajuaan dan meningkatkan respon pada mesin Yamaha LC 135 dengan kos serta risiko yang rendah..
Di sini lah jawapannya..
Alhamdulillah.. Setelah kami berjaya hasilkan camshaft untuk spec standart Ex5, kami berjaya pula menghasilkan camshaft spec standart untuk Kriss 110.. Selepas itu baru lah ujian camshaft Yamaha LC 135 bermula. Namun kami mendapat cabaran tambahan kerana camshaft Yamaha LC 135 ini mempunyai Decom Pin.. Jadi jika tidak mahu menggunakan pin tersebut, maka perhatian yang lebih perlu ditumpukan pada saat closing intake valve.. Ini akan memberi kesan kepada tenaga RPM rendah.. Kami tidak mahu mesin kehilangan tenaga untuk mendaki bukit atau membawa teman membonceng bersama.. Tetap bertenaga seperti mesin standart di rpm bawah, dan lebih bertenaga di rpm atas.. Itu lah yang menjadi keutamaan kami..
Buang.. Jangan tak buang..
Decom Pin tidak digunakan lagi..
Timing Marking masih standart kilang
Tenaga yang tersimpan harus di keluarkan.. !! Setiap permainan camshaft originalnya kami analisa lalu diolah menjadi resepi baru.. Resepi yang bakal mengadunkan kuasa mesin di hujung throtlle.. Kami gelarkan FENOMENA CAM BIRU.. Ini baru rare, Camshaft custom, just PnP, no needed pocket valve.. More Respon, More Power..
Fenomena Cam Biru.. Tuned By Alang Motor
Setelah melalui beberapa ujian kami dapati sprocket yang terbaik untuk mesin ini adalah 15 36.. Mesin mampu mencapai kelajuan 170km/j disukat bersama meter 125z dalam jarak 1.5km..
Ujian telah dipanjangkan kepada 2km, diteruskan lagi untuk perjalan jauh.. Mesin tetap tenang, tiada lagi rasa keraguan.. Penghantaran kuasa semakin terasa di top gearnya.. Memotong barisan lori balak di jalanan bukan lagi masalah.. Pulas sahaja.. Serta merta mesin menyambutnya, dengan memberi rasa yang sangat istimewa.. Rasa yang selama ini tiada pada camshaft asalnya.. mesin mampu berteriak dengan lebih garang.. lebih tinggi bertenaga..
Selain itu, tiada pelarasan semula pakai jetting karburator.. Di ringkaskan cerita, buka, pasang cam, tukar spoket.. Siap! let's Ride..
Itu sahaja.. Modifikasi terpantas, lagi menjmatkn.. Yes! memang itu yang kita mahukan..
Cam Biru Inside.. Sprocket 15 36..
Disebabkn tidak banyak proses modifikasi, maka post ini telah menjadi terlalu pendek.. Kami cuma dapat kongsikan pengalaman kami sahaja.. Modifikasi hanya tertumpu pada penghasilan camshaft..
Tetapi untuk tidak menghampakan saudara pembaca semua kami tontonkan video yang agak panjang dari sebelum ini.. Memang lah video kami belum mencapai tahap yang sepatutnya, namun kami tetap berusaha ke arah itu.. Doakan kejayaan kami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan