Isnin, 21 September 2015

EX5 HEAD BLOK KRISS

ex5 open
Mesin sprint kami yang pertama
  • Alhamdulillah syukur diberi peluang lagi untuk bercerita... kali ini kami akan bercerita mengenai jentera sprint pertama kami. Mesin ini disiapkan sekitar tahun 2009.. Sungguh perit rasanya ketika itu, dengan kewangan dan tool yang serba tidak compelete, hanya kesabaran dan semangat yang 'tak serik-serik' yang dapat membuatkan kami bertahan untuk menyiapkan mesin ini.. hancur, pecah berderai tidak kira... Almdulillah, kesilapan dan kegagalan mengajar kita menjadi semakin matang..
  • Enjin  EX5 dream yang kami gunakan untuk modifikasi ini, pertama kali dibikin 'rumah baru' untuk menempatkan head blok barunya.. Di welding plate setebal 6mm untuk menanam tiang blok dan dialih mengikut kedudukan blok kriss. Ruang crankcase dibuka sebesar 75mm untuk 'melepaskan' blok yang telah dibenamkan slip sebesar 73mm, di bore masuk piston 68mm..


kriss big bore
 Blok kriss yang diberi jantung baru


  • Untuk head pula kami telah membesarkan valve inlet menjadi 32mm, valve ekzos 28mm.. Porting inlet dikorek sebesar 34mm berbentuk kun, bush valve dipancung abis..  Lubang ekzos pula dibesarkn menjadi 30mm.. Karburator PWK 36mm disuap masuk untuk men'supply' kemasukkan bahan api.. 
  • Kompenan utama yang menjadi favourite kami iaitu camshaft, untuk mengatur buka tutup valve dibikin berulang kali.. dimesin, diwelding, diadvance, diretard, akhirnya kami dapati yang terbaik di sudut 45',20'.. Seingat kami 5 batang cam telah terkorban dalam mencari cam yang ngam untuk mesin ini.


valve 32 28
 Head racing kriss valve 32, 28

head kriss
Head porting inlet 34mm, ekzos 30mm

  • Untuk crankshaft pula kami gunakan crankshaft yamaha LC135 di 'up stroke' 4.5mm. Mengubah stroke ini menjadikan mesin ini berkapasiti hampir 250cc..
  • Oleh kerana crankshaft LC ini agak berat kami membuang sepenuhnya auto klac dan magnet.. Sistem pengapian total lost menggunakan CDI wave 125..
   
magnet ringan 
Magnet total lost by Alang Motor


  • Spoket 17 23 adalah yang terbaik kami dapati untuk mesin ini meluncur dalam jarak 300m dengan catatan masa sekitar 10 saat.. masih agak lambat jika dibandingkan mesin pada masa kini.. 
  • Alhamdulillah dengan terhasilnya mesin ini, telah banyak memberi inspirasi kepada kami untuk terus mengkaji dan mencari setting yang lebih halus mendalam demi menghasilkan mesin terpantas...
17 23
Spoket 415 17 23 300m

piala kenangan kemenangan 
Piala kenangan tanda kemenangan 


ex5 autoshow 
 Terima kasih kepada semua yang terlibat.. susah payah anda akhirnya memberi banyak menafaat kepada semua..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan