Isnin, 21 September 2015

 YAMAHA LAGENDA UP TO 150cc SETTING LONG DISTANCE

lagenda standart modified
Yamaha Lagenda Standart Modified

Salam.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi...
Baru-baru ini bengkel kami didatangi seorang saudara yang ingin meng'upgrade' motosikal Yamaha Lagenda 110 nya untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja. Oleh kerana mesinnya yang standart dan telah berusia 5 tahun lebih, mesinnya cuma dapat naik 100km/j. '"Sungguh memenatkan, nak potong lori sawit pun selok..." katanya..




Setelah dipersetujui terma-terma syaratnya kami pun mula meng'overhaul' mesin beliau.. Bukan bertujuan nak kacuk gear atau masuk bearing racing ke, C3 ke, C4 ke.. Cuma untuk membuka ruang crankcase agar blok racing berslip 63mm selesa dimasukkan..


crankcase lagenda
korek sampai lepas

Permintaan saudara kita tadi mahukan mesinnya menjadi 150cc.. 'Baru rasa mcm naik Suzuki Belang...' tambah beliau lagi.... Kami memilih piston 59.75mm untuk mengejar kapasiti yang dimahukan.. Maka dengan stroke standart 54mm jadilah 151.3cc.. Digenapkan menjadi Yamaha Lagenda 150cc..
Bahagian klac cuma menggantikan spring klac kepada spring racing dan menggunakan klac plate original. Part-part yang lain semuanya dibiarkan standart..


blok racing lagenda
blok racing dan piston 59.75mm

Untuk head pula, masih menggunakan head standart, di potong 0.5mm dan ditapper squish band menjadikan ruang pembakaran yang baru selebar 60mm. Nisbah mampatan pula 11:1.. Untuk porting pula, lubang intake dan ekzos dibuka mengikut saiz valve sahaja... Porting sederhana kerana mesin akan di setting menggunakan karburator dan ekzos standart..


head lagenda
head standart yang di upgrade 

Sampai di part favorite kami, potong cam.. Oleh kerana mesin akan di setting menggunakan karburator standart tanpa dikorek, venturi yang kecil, juga ekzos standart ber'manifold' standart, agak rumit juga untuk mencari rentang kuasa yang sesuai.. Kapasiti telah meningkat umpama belang tapi suapan masih 110cc, salur buang pun masih 110cc.. Memang memerlukan feeling yang mendalam untuk memaksimakan mesin barunya ini..
Setelah 3 kali kami membuka pasang, mencari dan mencuba maka kami dapati cam intake yang manis untuknya (dengan menggunakan kiraan gigi timing camshaft) membuka 1.5 gigi, menutup 4.5 dan lift setinggi 7.5mm... Untuk cam ekzos pula membuka di 5 gigi, menutup di 2 gigi dan lift setinggi 7mm....
Bagi mereka yang paham akan karektor camshaft mungkin dapat meneka apakah karektor camshaft kami.. yang kurang arif pula kami akan ceritakan serba sedikit agar tidak bingung dengan kiraan-kiraan gigi tadi..
Memandangkan mesin disetting menggunakan CDI standart, kaburator venturi kecil dan ekzos standart yang agak menahan, maka mesin tidak akan mampu untuk menjerit di RPM tinggi. Jesteru itu kami mencari kuasa di RPM rendah ke menengah.. Spoket yang kecil masih mampu ditarik walaupun topspeed  mesin di RPM pertengahan.. Sesuai dengan permintaan tuan punya mesin... 'Jalan jauh mesin tetap rilek, walaupun meter dekat 140km/j...'  'Insyallah kami akan cari lebih lagi'... 


camshaft lagenda
3 kali ejas baru ngam...

Seterusnya kami mula mencari mainjet dan pilot jet yang sesuai, buka pasang, try, buka lagi, try lagi... akhirnya bertemu pilot yang cun, 22.5 dengan mainjet standart 105.. Mesin segar berlari, tanpa tersengguk-sengguk. Idling juga stabil.. sekali dengar macam motor standart baru keluar kilang.. :)


karburator standart
Kotak nafas masih dipasang, cuma air filter dibuang..

Akhir sekali kami mencari pula final sprocket untuknya.. Paling terbaik kami dapati adalah 17 31 dengan rantai 415..


sprocket lagenda
Sprocket 17 31

Lagenda ekzos standart, karburator standart

Setelah berhempas pulas me'nyeting' kami dapati mesin ini mampu mencecah kelajuan sehingga170km/j.. Lebih daripada jangkaan tuan punya motor.. Alhamdulillah, inilah yang kami mahukan.. 'Lepas ni senang la nak potong lori sawit' kata owner tanda berpuas hati dengan hasil karya kami..
Segala usaha dan kerjasama dari semua pihak sangat kami hargai.. Terima kasih semua..


lagenda 150cc
Yamaha Lagenda 150cc Tuned by Alang Motor

Untuk menyedapkan lagi post ini, kami masukkan video semasa try mesin ini.. semasa merakam video ini kami follow menggunakan motorsikal yamaha 125z.. Video agak berterabur oleh kerana jalan yang tidak berapa cantik.. faham-faham je lah, jalan kampung... SILA PAUSE DI SEKITAR 0:44 UNTUK MELIHAT GAMBARAN METER DENGAN LEBIH JELAS..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan